1. sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.
2. Jangan main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata. Alhamdulillah saya ni bukan jenis suka main game, so step ni boleh skip hihih..
3. Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus samada jauh mahupun dekat. Contoh jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan di paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.
4. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalaha latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.
No comments:
Post a Comment